Tuesday 22 November 2011

licentia poetica

di mata manusia...
puisi itu ada kalanya mampu menenangkan jiwa yang sedang dilanda badai. menghayati dan menjiwai setiap bait kata dalam puisi mampu mengubah mimpi menjadi realiti. kali ini eNov menghidangkan sebuah puisi kegemaran eNov yang amat indah dan mendalam maknanya. sudah hampir 4 tahun puisi ini berada dalam simpanan. sama-samalah kita hayatinya...

                                                                licentia poetica

penyair itu memasuki hutan kata
menyusuri diksi demi diksi
dari puisi ke puisi
sepanjang kembara itu dia memikul
akalnya, imaginasinya dan peribadinya
di hutan tebal yang dirimbuni kata
dia melepaskan akalnya
merangkak di atas akar imaginasi
mengumpul makna dan rentak
di hutan tebal gelap itu 
kata-kata berguguran dalam dirinya
kata-kata di pohon peribadinya
penyair itu memasuki kamus hidup
mencari makna demi makna
dari lembaran peristiwa yang dilaluinya
di dalam kamus itu tiada kata-kata
yang menghalang pemburuannya
atau memperkecilkan penemuannya
pada lembaran tebal kamus hidupnya
dia melanggar sempadan yang membataskan
kebiasaan bertutur, berbahasa dan berfikir
dia melonggarkan gari dan mengikat kebebasannya
penyair itu memasuki hutan kata
dengan lesen di tangannya

                                   -eNov-

Monday 21 November 2011

cinta vs suka

di mata manusia...cinta dan suka tiada perbezaan. kedua-duanya mengenai kasih sayang antara dua pihak. tetapi hakikatnya, cinta dan suka adalah satu perkara abstrak yang berlainan. dengan insan yang kita cinta semestinya ada suka. namun, dengan insan yang kita suka tidak semestinya wujud cinta. mungkin masih ramai yang keliru dengan perasaan sendiri. jadi, di lembaran pembukaan 'di mata manusia..' ini, eNov ingin berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman melalaui 'cinta vs suka'...




di hadapan orang yang kita cinta
hati kita akan berdegup kencang
tapi di hadapan orang yang kita suka 
hati kita akan gembira


di hadapan orang yang kita cinta
musim sentiasa berbunga-bunga
di hadapan orang yang kita suka
musim itu cuma berangin sahaja


jika kita lihat ke dalam mata orang yang kita cinta
kita akan kaku
tapi jika kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka
kita akan tersenyum


di hadapan orang yang kita cinta
lidah kelu untuk berkata-kata
di hadapan orang yang kita suka
lidah bebas berkata apa sahaja


di hadapan orang yang kita cinta
kita menjadi malu
di hadapan orang yang kita suka
kita akan tunjukkan imej yang sebenar


kita tidak boleh merenung 
mata orang yang kita cinta
tapi kita selalu merenung
mata orang yang kita suka


bila orang yang kita cinta menangis
kita akan turut menangis
bila orang yang kita suka menangis
kita akan buat dia gembira


perasaan cinta bermula dari telinga
perasaan cinta bermula dari mata
perasaan cinta bermula dari hati
jadi jika kita berhenti menyukai 
seseorang yang kita cinta
umpama kita membuang telinga
jika kita cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi air mata
dan jika kita tidak mendidik hati 
dengan segala sifat kasih sayang
umpama kita tidak mempunyai hati


setiap orang akan mengalaminya 
dalam hidup mereka
cuma fikirkanlah...
siapa yang anda cinta atau suka..??


tetapi hakikatnya...
cinta kepada Tuhan adalah lebih 
hakiki dan kekal abadi
kasih sayangMu Tuhan yang didambakan
dengan rahmatMu
ampuni segala dosa umatMu yang selalu alpa...