Monday 19 December 2011

fadilat bismillah


  • Allah memerintahkan malaikat mencatat amal manusia yang membaca BISMILLAH sebanyak 400 kebaikan..
  • membaca 21 kali ketika hendak tidur,,akan aman daripada gangguan syaitan,,kecurian,,maut yang mendadak dan bala..InsyaAllah..
  • membaca 313 kali dan selawat ke atas nabi 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan menghadap kiblat..maka ia akan mendapat rezeki yang tidak terduga..InsyaAllah..
  • membaca 50 kali BISMILLAH di hadapan orang yang zalim maka ia akan tunduk atau takut lah orang zalim tersebut..InsyaAllah..

Thursday 15 December 2011

wanita yang kau pilih

di mata manusia yang bernama LELAKI..wanita adalah sesuatu perkara yang menarik untuk di lihat..ada sesetengah lelaki menganggap wanita ini sebagai manusia yang perlu dihormati..lelaki seperti ini melihat wanita sebagai kekuatan mereka..yela,,seperti yang semua tahu wanita pun dicipta daripada tulang rusuk lelaki..mereka betul-betul ikhlas mmerlukan wanita sebagai teman hidup yang sentiasa bersama kala suka dan duka..tapi,,zaman sekarang ni ada gak lelaki yang suka ambil kesempatan atas kelemahan kaum wanita..mereka hanya memerlukan wanita untuk 'enjoy'..golongan seperti ini hanya menganggap wanita sebagai pemuas nafsu mereka..hanya untuk stok 'geli-geli'..bila dah puas mereka tinggal dan cari wanita lain..tu lah lumrah dunia sekarang..s0,,kaum wanita perlu lah lebih berhati-hati..kuatkan iman dan hati..untuk kali ni aku nak tujukan satu lirik lagu khas untuk lelaki..lagu yang melambangkan kesetiaan wanita terhahap lelaki yang dicintainya..lagu yang pernah dipopularkan oleh Rossa..wanita yang kau pilih.....

malam selalu panjang
di waktu aku merindukanmu
kau bisa menjaga aku
hingga diriku merasa teduh

aku seperti kamu
menginginkan dan memerlukanmu
karena kita tak mampu untuk 
selalu pergi menjauh

kau jadikan aku ini
wanita yang kau pilih
untuk jadi kekasihmu
dan kau pun telah aku minta
setia sepertiku
hingga waktunya tiba

aku percaya penuh
kau kan buatku bahagia
karena cinta tercipta
datangnya dari dalam hatiku




Tuesday 13 December 2011

homesick.......???

siapa di antara kalian yg pernah mengalami 'homesick'...???aku pernah tau..banyak kali..setiap kali tinggal kat hostel atau berjauhan dengan family mesti aku menangis..umur dah tua..tapi,,penyakit yang satu ni susah betul nak hilangkan..sekarang ni pun aku tengah homesick gak..yela..baru berhijrah ke tempat orang..tempat tinggal baru,,kawan baru...semuanya baru..semuanya kena uruskan sendiri..yang baru-baru ni lah membuatkan kehidupan ku haru-biru...bila homesick mula lah tak boleh sunyi..kalau duk s0rang-s0rang mesti hobi yang satu tu muncul..MENANGIS..lagi-lagi kalau ingatkan family..ingat masakan ibu..sediiihhh......kadang-kadang aku sampai tak ada selera langsung nak makan...tinggal tulang lah jawabnya aku duk kat sini...rasa cam nak balik rumah je tiap-tiap minggu..jujur..aku memang kuat nangis dan sangat sensitif...aku selalu try jadi kuat tapi tak menjadi...lagi sedih bila teringatkan some0ne yang aku sayang jauh di sana...ombak rindu sering memukul pantai jiwaku..menjadikan aku insan yang tidak tenteram...saban waktu aku teringatkan dirinya...dirinya yang terlalu istimewa di hatiku kini...wah!!jadi minah jiwang kadang-kadang best gak kan...bila aku luahkan isi hatiku kat blog ni sedikit sebanyak melegakan ku...sekarang aku sedang mencari penawar penyakit aku nih...macam mana caranya aku nak mengurangkan atau menghilangkan terus homesick ku ini...aku tak sanggup lagi membazirkan air mata hanya kerana homesick...dah lah dah tua..homesick lagi..buat malu betul lah aku nih...s0,,kepada sesiapa yang terbaca blog aku yang bertajuk homesick nih..rajin-rajinkan lah mengusulkan seberapa banyak inisiatif untuk mengurangkan 'HOMESICK'......  

fahami wanita...

  • bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air mata...itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya...
  • bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf...
  • wanita sukar mencari sesuatu yang dia benci tentang insan yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)
  • sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya...dia akan cair seperti coklat... 
so,,kepada kaum adam...sentiasa lah belajar untuk memahami kaum hawa kerana jiwa mereka sangat sensitif...

Tuesday 22 November 2011

licentia poetica

di mata manusia...
puisi itu ada kalanya mampu menenangkan jiwa yang sedang dilanda badai. menghayati dan menjiwai setiap bait kata dalam puisi mampu mengubah mimpi menjadi realiti. kali ini eNov menghidangkan sebuah puisi kegemaran eNov yang amat indah dan mendalam maknanya. sudah hampir 4 tahun puisi ini berada dalam simpanan. sama-samalah kita hayatinya...

                                                                licentia poetica

penyair itu memasuki hutan kata
menyusuri diksi demi diksi
dari puisi ke puisi
sepanjang kembara itu dia memikul
akalnya, imaginasinya dan peribadinya
di hutan tebal yang dirimbuni kata
dia melepaskan akalnya
merangkak di atas akar imaginasi
mengumpul makna dan rentak
di hutan tebal gelap itu 
kata-kata berguguran dalam dirinya
kata-kata di pohon peribadinya
penyair itu memasuki kamus hidup
mencari makna demi makna
dari lembaran peristiwa yang dilaluinya
di dalam kamus itu tiada kata-kata
yang menghalang pemburuannya
atau memperkecilkan penemuannya
pada lembaran tebal kamus hidupnya
dia melanggar sempadan yang membataskan
kebiasaan bertutur, berbahasa dan berfikir
dia melonggarkan gari dan mengikat kebebasannya
penyair itu memasuki hutan kata
dengan lesen di tangannya

                                   -eNov-

Monday 21 November 2011

cinta vs suka

di mata manusia...cinta dan suka tiada perbezaan. kedua-duanya mengenai kasih sayang antara dua pihak. tetapi hakikatnya, cinta dan suka adalah satu perkara abstrak yang berlainan. dengan insan yang kita cinta semestinya ada suka. namun, dengan insan yang kita suka tidak semestinya wujud cinta. mungkin masih ramai yang keliru dengan perasaan sendiri. jadi, di lembaran pembukaan 'di mata manusia..' ini, eNov ingin berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman melalaui 'cinta vs suka'...




di hadapan orang yang kita cinta
hati kita akan berdegup kencang
tapi di hadapan orang yang kita suka 
hati kita akan gembira


di hadapan orang yang kita cinta
musim sentiasa berbunga-bunga
di hadapan orang yang kita suka
musim itu cuma berangin sahaja


jika kita lihat ke dalam mata orang yang kita cinta
kita akan kaku
tapi jika kita lihat ke dalam mata orang yang kita suka
kita akan tersenyum


di hadapan orang yang kita cinta
lidah kelu untuk berkata-kata
di hadapan orang yang kita suka
lidah bebas berkata apa sahaja


di hadapan orang yang kita cinta
kita menjadi malu
di hadapan orang yang kita suka
kita akan tunjukkan imej yang sebenar


kita tidak boleh merenung 
mata orang yang kita cinta
tapi kita selalu merenung
mata orang yang kita suka


bila orang yang kita cinta menangis
kita akan turut menangis
bila orang yang kita suka menangis
kita akan buat dia gembira


perasaan cinta bermula dari telinga
perasaan cinta bermula dari mata
perasaan cinta bermula dari hati
jadi jika kita berhenti menyukai 
seseorang yang kita cinta
umpama kita membuang telinga
jika kita cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi air mata
dan jika kita tidak mendidik hati 
dengan segala sifat kasih sayang
umpama kita tidak mempunyai hati


setiap orang akan mengalaminya 
dalam hidup mereka
cuma fikirkanlah...
siapa yang anda cinta atau suka..??


tetapi hakikatnya...
cinta kepada Tuhan adalah lebih 
hakiki dan kekal abadi
kasih sayangMu Tuhan yang didambakan
dengan rahmatMu
ampuni segala dosa umatMu yang selalu alpa...